Moved to a new domain.

moved_banner2

Advertisements

Karnival Orkid & Bonsai Antarabangsa,Danga Bay Johor Bahru.

Salam sejahtera kepada anda semua!

Baru-baru ini, aku ada pergi ke Karnival Orkid & Bonsai di Pusat Konvensyen Danga Bay.  Pada mulanya rasa berat nak pergi tapi dalam hati rasa rugi pula. Maklum la,jarang ada ‘event’ besar yang melibatkan dengan negara luar ni. Karnival yang aku dah pergi tu merupakan pameran yang sangat dinanti-nantikan oleh penggemar bunga orkid & pokok bonsai.

entrance of building

Gambar di atas merupakan pintu masuk Pusat Konvensyen Danga Bay

Lagi gambar-gambar menarik & unik…

Land of the rising Sun, Japan.

Selamat sejahtera kepada anda semua.

Hmm,kali ini aku nak fokus pada negara Jepun pula. Apa yang menarik dengan negara Jepun ni? Tajuk di atas sudah menunjukkan yang negara Jepun dikenali seluruh dunia sebagai negara matahari terbit. Untung betul penduduk yang tinggal di sana. Hari-hari dapat menikmati keindahan matahari terbit yang merupakan anugerah ciptaan Tuhan,tidaklah sebaik kita kan. Tidak mengapalah,walau apapun kita harus bersyukur dengan apa yang ada. hehe.

Dimanakah Jepun? Rujuk peta di bawah ni…

map2

Berbalik dengan negara Jepun,apa yang terkenal di Jepun ni? hmm,sepertimana yang anda semua ketahui, Jepun sangat bangga dengan makanan tradisional mereka yang terkenal iaitu ‘sushi‘. Aisey,tiba-tiba rasa lapar la pula. hehe. Pada mulanya aku anggap sushi ni merapu je. Ye la,makan mentah-mentah tu! Tapi bila dah rasa….hmmm,sedap la pula. Apa yang penting makanan ni sihat la sebab tiada minyak dan kolesterol.

Frozen_Sushi

Anda tahu jenama kereta dunia yang ternama dan terbaik dari segi kualiti? Antaranya Honda,Toyota dan Mitsubishi yang semuanya berasal dari negara Jepun. Dengan prinsip yang mengutamakan kualiti sesuatu produk itu lebih daripada segalanya telah menaikkan nama mereka dan diiktiraf sebagai pengeluar kereta terbaik dunia. Hebat mereka ni. Kadang-kadang terfikir,kenapa kita tak boleh jadi seperti mereka…bijak sangatkah mereka?

Anda tahu anime Naruto,Bleach,One Piece dan Death Note? hahaha…kenapa aku senaraikan sebanyak itu sahaja? Sebabnya itulah anime yang paling aku minat. Kira ‘hot’ la. Sebenarnya banyak lagi anime-anime yang mantap hasil kreatif daripada pelukis-pelukis Jepun ni. Hairan juga,apa lah resepi menghasilkan suatu karya yang mantap sehingga boleh membuatkan ia popular satu dunia? Hmmm…

4anime

Aku mengidam betul nak pergi bercuti ke Jepun ni kalau ada rezeki la nanti. Mana taknya,banyak tempat-tempat menarik dan cantik dekat sana. Terbayang-bayang keindahan alam semulajadi di sana dengan kedatangan musim salji. Negara kita mana la ada salji kan,faham-faham je la. Seni binaan kuno yang begitu mengagumkan tersergam indah di kebanyakan tempat di Jepun. Aku jengah kat WWW,aku jumpa la sedikit sebanyak gambar-gambar yang menarik untuk dikongsi sebagai tatapan anda semua. Oh,indahnya alam…

Tokyo Tower and Roppongi

Mount Fuji and Plum Blossoms

Klik sini untuk lagi gambar menarik…

Beauty of Taiwan

Hmm,tajuk kat atas tu macam menarik je kan. Mesti ada yang ingat pasal perempuan je ni. Haha. Itu tidak benar sama sekali. Aku sebenarnya ingin berkongsi keindahan alam yang aku dapati melalui WWW. Sebuah negara yang terletak di sebuah kepulauan kecil,itulah Taiwan.

Dimanakah Taiwan? Tengok peta di bawah ni…

map1

Walaupun kecil dari segi keluasannya namun terdapat keindahan dan kecantikan alam semula jadi dan seni binaan yang mengagumkan. Di sini aku paparkan kepada anda semua keunikan yang terdapat di sana.

Enjoy…

Taipei 101 Tower

Lotus Lake in Kaohsiung

Klik sini untuk lagi gambar menarik…

Beautiful pics from all over the world

Salam Perkenalan kepada anda semua.

Aku ingin memulakan langkah menulis blog ini dengan berkongsi sedikit gambar-gambar yang agak cun & menarik sehingga sejuk mata memandang. Aku sajikan sebagai tatapan anda semua untuk sesiapa yang belum pernah melihat keindahan alam semulajadi dan seni binaan ciptaan manusia itu sendiri.

Ready…go.

Brandenburg Gate

Colosseum at night

Tekan sini untuk lagi gambar cun…