About Me

BANNER_PROMOSI1

Aku…

Bukanlah seorang blogger yang serius tetapi sekadar mengisi masa lapang dan mempunyai minat berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan bersama anda semua. Serius aku katakan, aku bukanlah arif sangat dalam dunia blog ni. Aku sekadar memeriahkan lagi arena blog tempatan. Diharap anda dapat membantu aku meningkatkan lagi prestasi ke arah lebih baik supaya blog ini disenangi oleh semua orang.

1)Siapa aku?

-Nama aku adalah Faiz. Merupakan anak kepada seorang guru di Sek.Keb.Ayer Baloi iaitu En.Agos dan bersama isterinya Rozita. Aku merupakan anak sulong daripada 3 orang adik-beradik. Pernah bersekolah di SKB dan SMB.

2)Aku belajar @ bekerja?

-Aku dah pun mempunyai pekerjaan yang bagus. Tetap lagi terjamin. Kakitangan kerajaan la katakan. Bertugas di Hospital Sultanah Aminah,JB sebagai radiographer. Apa tu? …juru x-ray daa bkn jurugambar.

3)Minat hobi apa?

-Hmmm,macam-macam hobi aku. Baca komik,main xbox & PSP, karaoke, main bowling dan melayari internet. Paling aku minat tengok wayang la.

xbox

4)Apa aku ada?

-Aku amat sedih dengan kehilangan motor kesayangan aku yang hilang akibat kecurian. Alexander nama diberi ,banyak membantu aku untuk bergerak termasuk la satu-satunya pengangkutan aku untuk pergi bekerja. Aku redha dengan ketentuan ilahi,apa boleh buat. Sekarang aku cukup gembira dengan kehadiran pengganti baru Alexander iaitu Krizalid. Hahaha…aku kembali ceria. Yahoo!

alex-kri

5)Aku tinggal mana?

-Aku tinggal dekat satu tempat yang diberi nama Benut. Benut? Mesti anda tertanya-tanya, apa nama tempat daa. Itulah hakikatnya. Tempat yang agak terpencil di daerah Pontian,Johor. Tempat kelahiran aku ni tidaklah sepopular tempat anda mungkin,mana taknya…pembangunan punya la slow. hampeh.  Macam mane nak maju…

benut3

//