Land of the rising Sun, Japan.

Selamat sejahtera kepada anda semua.

Hmm,kali ini aku nak fokus pada negara Jepun pula. Apa yang menarik dengan negara Jepun ni? Tajuk di atas sudah menunjukkan yang negara Jepun dikenali seluruh dunia sebagai negara matahari terbit. Untung betul penduduk yang tinggal di sana. Hari-hari dapat menikmati keindahan matahari terbit yang merupakan anugerah ciptaan Tuhan,tidaklah sebaik kita kan. Tidak mengapalah,walau apapun kita harus bersyukur dengan apa yang ada. hehe.

Dimanakah Jepun? Rujuk peta di bawah ni…

map2

Berbalik dengan negara Jepun,apa yang terkenal di Jepun ni? hmm,sepertimana yang anda semua ketahui, Jepun sangat bangga dengan makanan tradisional mereka yang terkenal iaitu ‘sushi‘. Aisey,tiba-tiba rasa lapar la pula. hehe. Pada mulanya aku anggap sushi ni merapu je. Ye la,makan mentah-mentah tu! Tapi bila dah rasa….hmmm,sedap la pula. Apa yang penting makanan ni sihat la sebab tiada minyak dan kolesterol.

Frozen_Sushi

Anda tahu jenama kereta dunia yang ternama dan terbaik dari segi kualiti? Antaranya Honda,Toyota dan Mitsubishi yang semuanya berasal dari negara Jepun. Dengan prinsip yang mengutamakan kualiti sesuatu produk itu lebih daripada segalanya telah menaikkan nama mereka dan diiktiraf sebagai pengeluar kereta terbaik dunia. Hebat mereka ni. Kadang-kadang terfikir,kenapa kita tak boleh jadi seperti mereka…bijak sangatkah mereka?

Anda tahu anime Naruto,Bleach,One Piece dan Death Note? hahaha…kenapa aku senaraikan sebanyak itu sahaja? Sebabnya itulah anime yang paling aku minat. Kira ‘hot’ la. Sebenarnya banyak lagi anime-anime yang mantap hasil kreatif daripada pelukis-pelukis Jepun ni. Hairan juga,apa lah resepi menghasilkan suatu karya yang mantap sehingga boleh membuatkan ia popular satu dunia? Hmmm…

4anime

Aku mengidam betul nak pergi bercuti ke Jepun ni kalau ada rezeki la nanti. Mana taknya,banyak tempat-tempat menarik dan cantik dekat sana. Terbayang-bayang keindahan alam semulajadi di sana dengan kedatangan musim salji. Negara kita mana la ada salji kan,faham-faham je la. Seni binaan kuno yang begitu mengagumkan tersergam indah di kebanyakan tempat di Jepun. Aku jengah kat WWW,aku jumpa la sedikit sebanyak gambar-gambar yang menarik untuk dikongsi sebagai tatapan anda semua. Oh,indahnya alam…

Tokyo Tower and Roppongi

Mount Fuji and Plum Blossoms

Akame Shijyuhachi Waterfall

Reflection of Autumn Trees in Yumi-ike Pond, Gunma Prefecture

aerial view

red garden

Rice paddy, Mie prefecture

castle_himeji

kinkakuji_kyoto

kiyomizu_kyoto

miyajima_shrine

mount fuji

tokyo_city_view1

matsumoto_castle

0811_omikujimomiji_takayama

kyoto_ryoanji

Apakah yang anda rasa mengenai artikel ini? Berikan sedikit komen anda. TQ

BANNER_PROMOSI1

16 responses to this post.

  1. wekk.. tak lalu ngn shusi..

    Reply

  2. sushi sedap.
    lalala~

    Reply

  3. Woah !! susah mau percaya Japan boleh begitu natural !! setahu gua Japan hanya pandai dlm bidang buat robot sahaja .. kolot betul la gua >. thanks for the link exchange ya ^@^ )

    Reply

    • Jepun skrang da makin maju…aku jeles plak tengok negara diorg tu,da maju tetapi tidak mengabaikan ciri2 alam semula jadi yang tetap terpelihara. seni binaan tradisional plak dijaga baik. Same2 utk link exchange. đŸ™‚

      Reply

  4. ya,aku suka sangat Jepun coz menarik dan maju…
    Sushi?wah….bestnya….

    Reply

  5. jepun memang negara yang best…
    kalau dapat la pegi sane…
    comfm beli macam2 konsol game…pasal kat sana murah(rasanya la)
    lagi satu anime diorang memang terbaik la….the best…
    tapi yang sushi tu…macam kurang menyelerakan la
    perempuan2 dia pun comel~~~hihihihi

    Reply

  6. wow..cantiknye permandangan kat jepun…

    Reply

  7. wah!

    bestnya
    teringin nak pergi sane
    xpun smbg belajar kt Jepun

    Reply

  8. Masa kecik dulu ingatkan ada raksasa kat sana. Bila sudah sekolah, percaya mengenai adanya negara Jepun di dunia ini makin berubah dan jelas. Rasanya akan lebih mantap jika berpeluang ke sana.

    Reply

  9. Posted by dekda on 20 March 2010 at 7:13 am

    hmmm..bila agaknya dapat menjejakkan kaki ke jepun erk??sebuah negara yang boleh dikatakan perfect la jugak..setakat sarung selipar jepun boleh la agaknya..hehehe..

    Reply

Leave a comment